Tuesday, February 24, 2009

~C!nTa~


Adakah anda bahagia bersama dia?

Jika ya maka teruskanlah hubungan anda dan kekalkan kebahagiaan itu.

Atau adakah hari-hari yang anda lalui bersama dia dipenuhi dengan tangisan?

Jika ya maka tinggalkanlah cinta itu sebab cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.

Sedarlah… jika cinta anda sekarang hanya mengundang air mata ia bakal berterusan jika anda berkahwin dengan dia sekali pun. Jangan mengharapkan si dia akan berubah setelah berkahwin. Hakikatnya ramai yang masih dengan perangai lama walaupun setelah berkahwin dan ramai juga yang menjadi semakin teruk setelah berkahwin.


Pastikan bila anda jatuh cinta anda tidak hanya bertepuk sebelah tangan agar anda tidak merana menanti cinta yang tidak akan kesampaian. Usahlah terlalu memuja dan mengejar cinta jika si dia terang-terangan menolak kerana jika akhirnya si dia menerima kamu, hanyalah semata-mata kerana dia sudah penat untuk melarikan diri dan bukanlah kerana rela atau cinta sejati. Cinta sepatutnya membahagiakan bukan membuat kita merana.


"Jika kau suka seseorang tu jangan tunggu lama dan jangan bagi banyak alasan. Ikat dan jangan biarkan dia pergi. Kalau tak nanti menyesal kemudian hari"


Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.


~ DiCiNtAi LeBiH iNdAh DaRiPaDa MeNcInTaI ~ Its Reality...Not Fantasy...

open your heart not your eyes and u will find the true love inside... think about that...

Geng - Pengembaraan Bermula



Hehehe.... akhirnya dapat gak gi tgk wayang citer kartun ni...apa tak nya...jeles tau duk dengar kawan2 asyik duk citer pasal upin ngan ipin je haa...mentang2la diorg dah tgk awal2.... semalam areja gi tgk ngan suami kat alamanda.... ok la..best sgt.. betul apa yg kawan2 cakap. best. so, pas ni...fida, kak lily tak yah nak wat org jeles..org dah gi tgk dah pun...hahahahaha... lawak tul la animasi ni... tak kering gusi dibuatnya... daripada org tua, sampai la ke binatang semua ada peranan dalam movie animasi ni...suka sgt2...suami areja pun sama, terkekek2 dia gelak..tapi control lagi la...segan agaknya nak gelak kuat2, apa tak nya dia kutuk areja nak tgk citer ni...citer kanak2 dia cakap... tak patut betul la..tapi tgk la, dalam panggung tu, dia la antaranya yg tergelak2...huhuhu.... puas hati la tgk citer ni... areja nak beli tiket punya la susah.. beli guna online ticketing lagi...punya la susah.... mmg sol out memanjang...sib baik dapat semalam..kalau tak kempunan agaknya.... harap2 pas ni malaysia buat lagi mavie animasi cam ni....sesuai untuk semua golongan...best giler r.... hehehe, malaysia boleh...

Monday, February 23, 2009

~TEMAN~

Teman,

Sesungguhnya saat yang terindah itu hanyalah sementara. Dunia dan kehidupan kita berjalan serentak dengan peredaran masa..bagaikan sebuah roda. adakalanya kita di atas, dan ada kalanya kita di bawah...

Teman,

Sebuah perhubungan yang dibina datang bersama dengan satu tujuan... adakalanya tujuan itu ikhlas atau sebaliknya... Insan seperti kita tidak boleh menduga kerana itulah sebenarnya sebuah kehidupan...kita hanyalah sekadar insan biasa...hanya Dia Yang Maha Kuasa berhak menentukannya... Namun adalah kewajipan kita untuk berusaha dan menentukan arah tuju kehidupan kita. kerana Allah hanya meminjamkan kita kepada dunia dan akan menagmbil kita kembali pada satu masa yang telah ditetapkan... hanya kita yang boleh mencorak kehidupan kita agar hidup ini lebih bererti dan bahagia.

Teman,

Ramai yang tidak mengerti erti sebuah perhubungan.. ianya pasti dimulai dengan satu perkenalan, dan ia akan berubah mengikut keadaan... adakalanya ia akan menjadi sebuah persahabatan/ atau mungkin juga sebuah percintaan... hanya kita yang perlu bijak menilai apakah jenis perhubungan itu dan adakah ia datang dengan ikhlas atau sebaliknya... ketahuilah teman, sudah ternyata dan tersurat dunia dan kehidupan datang bersama dengan tipu daya dan helah....hanya orang2 yang kuat, hati yang cekal mampu menepis semua itu.....

Aku......aku juga manusia biasa....tdk blh lari drp melakukan kesilapan....tidak boleh menentukan nasib orang lain..kerana aku juga banyak kelemahan dan kesilapan...... aku doakan kepada semua teman2 aku agar bahagia selalu...dan aku mohon maaf andainya aku telah melukakan hati mu, insan yang bergelar "Sahabat".. moga perhubungan yang telah kita bina bersama kekal selamanya....


Thursday, February 19, 2009

My Beloved Sister


Haa.... ni plak adik ngan maa aku....sempoi tak? adik aku ni skang kerja kat kem. luar bandar dan wilayah... kecik je org nya.... gambar ni time kami kat sabah hari tu... aku ngan adik aku ni sama je perangai..kalau nak gi mana2 mesti nak kena ada maa sekali..kalau tak de, rela duk umah jer... tapi dah kerja cam ni terpaksa la berpisah... maa ngan abah aku duk kg la..aku lak stay sini ngan husband and adik aku yg sorg ni haa.... daripada dia duk sorg, baik aku suh dia duk ngan kami ni ha..leh la jugak kami tengok2 kan......hehehehe.... aku ni garang. selalu gak dia kena marah kat aku, tapi disebabkan yg dia ni dah kenal sgt perangai kakak dia yg garang ni, time aku marah dia leh plak wat bodoh jer..buat selamba badak dia je haa... tapi yg best nya, dia ni leh join ngan husband aku... sbb adik aku ni susah skit nak suka kat org baru... nasib baik dia leh terima husband aku ni ha.... leh plak wat perangai gila2..huhuhu.... aku bahagia dgn kehidupan baru aku sekarang...tambah lagi ada adik aku ni..tak la sunyi aku kat umah time husband aku outstation....

Wednesday, February 18, 2009

Miss Fidz


susah aku nak terangkan pasal minah ni..... kalau tak de dia mmg tak best r...kalau ada fuh...jenuh nak gelak...apa tak nya suka wat lawak...apa2 hal pun she's my beloved friend... bila ingat kembali lawak gak.... mula2 dulu.... dia baru dapat kerja dan posting lak satu opis ngan aku...punya la skema....aku pun dia panggil 'kak', sbb aku kan senior dari dia... hehehehe...lawak la Miss Fid ni... sopan santun lagi lak tu haa..tu yg tak tahan...perghh sekarang...bukan setakat sopan santun je ngan aku, terlebih2 lak..sampai aku pun dia buli...... dah la suka wat lawak... muka dia pun dah lawak.... hahahahaha...sori ek Fida, just for fun...ala, untuk kita2 je yg baca pun..tul tak...apa2 hal, aku respect r kat mu.... u'r the best... harap persahabatan yg kita bina secara gila2 ni berkekalan selamanya.... i will follow u... follow whereever u r...hehehe....paham2 je la lagu tu....

satu lagi,,dia ni striker tau...main futsal.... tak de dia tak best..... hanya dia yg ada chemistry ngan aku....tapi kompius gak...ngan dia2 pun aku nampak cam bola futsal... sekali sekali cam iklan digi...suka pakai baju kuning...pas tu hampir2 seiras lak ngan teletubbies yang nama LALA tu...muka sejibik....seyes...sejibik....hahahahahaha......kalau rindu dia, tak nampak dia, tgk teletubbies pun jadi la...terubat rindu......huhuhu.....


Esron & Siti Hajar





Ok... ni la gambar kawen areja... areja nikah pada 30 Januari 2009 ( malam ) dan majlis persandingan diadakan pada 31 Januari 2009 di kg halaman areja di Tanah Merah Kelate, dan Majlis di Sabah diadakan pada 7 Februari 2009 lepas. Sekarang dah bertukar status dah. Dah jadi Puan...Puan kepada Esron bin Haji Laidin (Suami tercinta).... Husband areja ni asal Sabah. Orang Sabah (Kinabatangan) tapi dia bertugas di KL.

Kami mengambil keputusan untuk berkawen atas dasar suka sama suka....dia adalah pilihan hati areja, sama gak cam dia. Areja bersyukur kerana dapat menjadi isteri kepada dia. Mengimbas kembali perkenalan kami, kami kenal pada tahun 2005 melalui seorang kawan ( Zamri ). Zamri kawan sekolah areja dan bila dah kerja dia jadi kawan suami areja plak... dari situ la kami kenal... mula2 SMS, pas tu jumpa and then bercinta.... kami bercinta hampir 3 tahun.. dah macam2 dugaan kami tempuhi...dan kami buat keputusan untuk bertunang pada 8 Februari 2008 dan berkahwin pada 30 Januari 2009.

Areja juga bertuah kerana family areja dan family husband menerima baik keputusan kami... family husband betul2 sayangkan areja..maklumlah tak pernah dapat menantu org semenanjung... pada kawan2 areja yg tak dapat hadir hari tu tak pe, areja faham..cuma terkilan skit sbb kawan2 sekolah hanya 3 org yang dtg..ntah la, siapa la kita kan.... tapi yg bestnya kawan2 ofis dari putrajaya datang 1 bas. terima kasih kawan2 kerana sudi memeriahkan majlis tu. areja hargai kalian semua...

Cerita pasal Areja


Hmm..."Areja" just my nickname.... saja, suka sangat ngan nama tu... tapi family Areja panggil areja "Siti". Tak tahu nak citer apa pasal diri ni...


Ni gambar Areja. Time ni kat Sabah. Oh, citer pasal kat Sabah...Areja sebenarnya baru je pas kawen... gambar ni malam sebelum sanding kat Sabah nu haa.... Nanti Areja citer lain pasal majlis kawen areja... ni nak citer pasal diri Areja dulu.

Areja anak ke-4 dari 5 adik beradik.. semua dah kerja (kerja goment semuanya). areja asal Kelate. Abah areja org kelate dan Maa areja org Johor... (Mix Kelate ngan Johor) Maa areja org Jawa..tapi Areja sepatah haram pun tak reti bahasa Jawa..yang tahu...sici,loro,telu je..hahahahaha....

Lagi...sekarang ni areja kerja kat putrajaya...dan stay pun kat putrajaya..kat kuarters... sape2 yg kenal areja, yg pernah berkawan ngan areja jemput la datang umah...

Nak citer apa lagi ek? mati kutu dah...habis idea... ooo..areja ni suka sangat tulis puisi...tapi kena ikut mood la... hmm, takat ni je dulu hari ni..lagi pun ni baru nak test blog ni..