Monday, February 23, 2009

~TEMAN~

Teman,

Sesungguhnya saat yang terindah itu hanyalah sementara. Dunia dan kehidupan kita berjalan serentak dengan peredaran masa..bagaikan sebuah roda. adakalanya kita di atas, dan ada kalanya kita di bawah...

Teman,

Sebuah perhubungan yang dibina datang bersama dengan satu tujuan... adakalanya tujuan itu ikhlas atau sebaliknya... Insan seperti kita tidak boleh menduga kerana itulah sebenarnya sebuah kehidupan...kita hanyalah sekadar insan biasa...hanya Dia Yang Maha Kuasa berhak menentukannya... Namun adalah kewajipan kita untuk berusaha dan menentukan arah tuju kehidupan kita. kerana Allah hanya meminjamkan kita kepada dunia dan akan menagmbil kita kembali pada satu masa yang telah ditetapkan... hanya kita yang boleh mencorak kehidupan kita agar hidup ini lebih bererti dan bahagia.

Teman,

Ramai yang tidak mengerti erti sebuah perhubungan.. ianya pasti dimulai dengan satu perkenalan, dan ia akan berubah mengikut keadaan... adakalanya ia akan menjadi sebuah persahabatan/ atau mungkin juga sebuah percintaan... hanya kita yang perlu bijak menilai apakah jenis perhubungan itu dan adakah ia datang dengan ikhlas atau sebaliknya... ketahuilah teman, sudah ternyata dan tersurat dunia dan kehidupan datang bersama dengan tipu daya dan helah....hanya orang2 yang kuat, hati yang cekal mampu menepis semua itu.....

Aku......aku juga manusia biasa....tdk blh lari drp melakukan kesilapan....tidak boleh menentukan nasib orang lain..kerana aku juga banyak kelemahan dan kesilapan...... aku doakan kepada semua teman2 aku agar bahagia selalu...dan aku mohon maaf andainya aku telah melukakan hati mu, insan yang bergelar "Sahabat".. moga perhubungan yang telah kita bina bersama kekal selamanya....


No comments:

Post a Comment