Tuesday, February 24, 2009

~C!nTa~


Adakah anda bahagia bersama dia?

Jika ya maka teruskanlah hubungan anda dan kekalkan kebahagiaan itu.

Atau adakah hari-hari yang anda lalui bersama dia dipenuhi dengan tangisan?

Jika ya maka tinggalkanlah cinta itu sebab cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.

Sedarlah… jika cinta anda sekarang hanya mengundang air mata ia bakal berterusan jika anda berkahwin dengan dia sekali pun. Jangan mengharapkan si dia akan berubah setelah berkahwin. Hakikatnya ramai yang masih dengan perangai lama walaupun setelah berkahwin dan ramai juga yang menjadi semakin teruk setelah berkahwin.


Pastikan bila anda jatuh cinta anda tidak hanya bertepuk sebelah tangan agar anda tidak merana menanti cinta yang tidak akan kesampaian. Usahlah terlalu memuja dan mengejar cinta jika si dia terang-terangan menolak kerana jika akhirnya si dia menerima kamu, hanyalah semata-mata kerana dia sudah penat untuk melarikan diri dan bukanlah kerana rela atau cinta sejati. Cinta sepatutnya membahagiakan bukan membuat kita merana.


"Jika kau suka seseorang tu jangan tunggu lama dan jangan bagi banyak alasan. Ikat dan jangan biarkan dia pergi. Kalau tak nanti menyesal kemudian hari"


Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.


~ DiCiNtAi LeBiH iNdAh DaRiPaDa MeNcInTaI ~ Its Reality...Not Fantasy...

open your heart not your eyes and u will find the true love inside... think about that...

No comments:

Post a Comment